18 November 2025 - Perhimpunan Bulanan Anggota Majlis Daerah Selama (MDS) dan Sesi Menandatangani Ikras Bebas Rasuah (IBR) telah dilaksanakan di Dewan Selama Inn yang dihadiri oleh Ahli Majlis dan warga MDS bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perhimpunan Bulanan Anggota dimulai dengan Bacaan Yasin yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Selama, Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, A.M.P.
Seterusnya Penolong Kanan Penguasa (PKPj), Encik Mohd Syahrul Ridzuan bin Yahya selaku Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Perak turut menyampaikan taklimat berkenaan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa dan disusuli dengan lafaz IBR yang dipimpin oleh Encik Nor Ekhsan bin Baharuddin, Setiausaha MDS.
Tiga misi utama IBR adalah :-
1. Membudayakan kerja berintegriti dalam kalangan penjawat awam dan swasta.
2. Mencegah rasuah melalui komitmen bersama.
3. Meningkatkan kepercayaan awam terhadap ketelusan organisasi.
"RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA"
UNIT AUDIT DALAM BERSAMA JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
MAJLIS DAERAH SELAMA
18 November 2025