21 Jun 2023

7 April 2023M / 16 Ramadan 1444H

Buat julung kalinya, Majlis Daerah Selama (MDS) mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 dalam bulan puasa. Bertemakan "Geng Surau", majlis berlangsung dengan sederhana namun penuh bermakna kerana ia diadakan pada hari Jumaat yang barakah di dalam bulan Ramadan yang mulia.

Dalam ucapannya, Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua MDS mengajak sekalian hadirin untuk menginsafi betapa besar rahmat yang Allah berikan melalui jawatan yang disandang dan betapa beratnya tanggungjawab untuk dilunaskan dengan sebaiknya. Majlis meraikan 6 orang penerima APC di samping 34 orang penerima Anugerah Terampil.

Seusai APC, semua hadirin beriftar bersama-sama dan diikuti dengan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjamaah. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh.

Sekalung Tahniah kepada penerima anugerah dan تريما كاسيه yang tidak terhingga kepada semua warga kerja MDS di atas khidmat bakti dan pencapaian-pencapaian yang telah dilakar pada tahun lalu.

Terima kasih jua kepada Ahli Majlis yang turut hadir, urusetia majlis, KKS dan individu yang sudi berinfak untuk Iftar. Semoga ukhuwwah dapat sentiasa kita eratkan bagi terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada warga Selama, Inshaa-Allah.

Rantai seutas gelang di tangan
   Berlian ditatah dianyam silang
Khidmat yang ikhlas teras kejayaan
   Moga MDS terus cemerlang

MAJLIS DAERAH SELAMA
10.04.2023

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/02/2025 | Jumlah Pelawat : 4953585