Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDA ARASAN INOVASI RSP-MDS DARIPADA MAJLIS DAERAH KAMPAR

24 Jun 2023

Sekalung penghargaan تريما كاسيه kepada Unit Korporat Majlis Daerah Kampar yang sudi berkunjung ke Selama pada 6 - 7 Mac yang lalu.

Lawatan penanda arasan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan ekopelancongan yang dijalankan oleh Majlis Daerah Selama (MDS) bersama Rakan Strategik Pelancongan di Selama melalui Inovasi RSP-MDS.

Peserta telah dibawa untuk merasai sendiri adrenalina pengalaman ekopelancongan Selama, dan telah diberikan perkongsian berkaitan Inovasi RSP-MDS oleh En Mohamad Razif Ismail, Ketua Unit Pelancongan MDS @ Tourism Selama bertempat di Lata Tebing Tinggi.

Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapa memberi manfaat. Selamat Maju Jaya MDKpr !

Terima Kasih
MAJLIS DAERAH SELAMA

#RSP-MDS
#selamatourism #7lataselama


Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/04/2025 | Jumlah Pelawat : 4953601