1. Seperti sedia maklum, pelaksanaan bayaran parkir di Selama dengan penguatkuasaan telah mula dilaksanakan. Setelah tertangguh, ianya telah berjalan secara berperingkat seperti berikut :
PUNCA KUASA
Perintah Pengangkutan Jalan Peruntukan Tempat Letak Kereta MDS 2021
HEBAHAN AWAL / PEMASANGAN PAPAN TANDA
Januari - Disember 2021
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid034VtGtirS1DZSpsBRvrXkGA7ebYsc1dcbNrxB2ztHGmNKUr2YZWPYdzRPEmYk81bol&id=103887452984559&mibextid=Nif5oz
PELAKSANAAN (TANPA PENGELUARAN KOMPAUN)
Januari - Jun 2022
Kompaun mula dikeluarkan pada Julai 2022
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0FQS1325PyvGwfYav6CKPZAbz7ms2kAEAwNcMvYvc5yjzndiNe3sc6Ap6RYEVvaLel&id=100069042705677&mibextid=Nif5oz
2. Pelaksanaan bayaran parkir dengan kadar seragam ini adalah meliputi seluruh negeri Perak, dengan dua daerah kecil iaitu SELAMA dan Lenggong adalah yang terakhir melaksanakannya. Walaupun telah diwartakan pada 2021, namun kita menangguhkan pelaksaanaan penguatkuasaannya selama dua tahun sebelum ini akibat PKP.
CARA BAYARAN PARKIR
3. Cara pembayaran adalah melalui aplikasi Park@Perak yang digunapakai secara menyeluruh di seluruh negeri Perak, daripada Tanjung Malim hingga ke Pengkalan Hulu, dari Teluk Intan ke Kerian.
Untuk install, boleh tonton video berikut :
https://youtu.be/_Q5-v9x7EP4
MDS memahami rungutan kerana sistem ini tidak dapat diakses pada awal Januari lalu namun kini ianya telah boleh berfungsi seperti biasa.
4. Menyedari kesulitan bagi golongan yang mempunyai kekangan dalam menggunakan Park@Perak, MDS juga kini menyediakan kupon secara fizikal yang boleh dibeli di kaunter bayaran pejabat Majlis Daerah Selama. Seperti cara lama sebelum ini, setelah gores, boleh letak di dashboard kereta. RM3 satu buku, ada 5 kupon.
Nota : Sekiranya anda menggunakan Park@Perak, bayaran anda akan dikesan secara automatik berdasarkan nombor pendaftaran kereta melalui alat khas yang digunakan untuk semakan.
5. Kami juga sedang menambah bilangan tempat lain untuk mendapatkan kupon parkir ini dan akan memaklumkannya dalam tempoh terdekat. Ada dua ejen yang sedang dalam proses pendaftaran. Mereka yang berminat untuk menjadi Ejen Kupon Letak Kereta MDS juga dialu-alukan dan boleh mendapatkan borang daripada Kaunter Bayaran MDS. Kupon parkir ini, boleh digunakan di seluruh Perak dan jika ada Tuan / Puan beli kupon di daerah lain, juga boleh digunapakai di Selama.
6. Dalam masa yang sama, MDS juga sedang finalise alternatif Pas Parkir Bulanan, Permit Petak Khas dan Permit Kosongkan Petak bagi kemudahan lanjut. Permit Petak Khas contohnya, adalah bagi mengatasi masalah halangan yang sengaja diwujudkan pada parkir awam dan juga bagi premis yang ingin menyediakan parkir khas kepada pelanggan mereka.
7. DI MANA KAWASAN KENA BAYAR PARKIR DI SELAMA ?
Di kawasan yang telah disediakan petak parkir bernombor. Buat masa ini, lokasi yang dikuatkuasakan bagi perintah ini adalah seperti berikut :
i - Pusat Bandar Selama (Pusat Penjaja D'Payung, Sekitar Padang MDS, sebelah Selama Cafe, Lintasan Relau)
ii - Taman Mawar Lestari (Gua Petai)
iii - Jalan Menteri (Klinik Mutiara)
iv - Jalan Menteri (TNB Selama)
v - Taman Permai Jaya (Area A-wang)
vi - Persiaran Sir Chulan (Zon Cerah)
vii - Pusat Peniagaan Ixora (KFC)
viii - Kg Tengah (JPN Selama)
8. MENGAPA TENGAH BANDAR SELAMA TAK KENA BAYAR PARKIR ?
Kawasan di tengah pusat bandar Selama (dari lampu isyarat sehingga ke SJKC Chi Seng (I) merangkumi Maybank dsbgnya) masih BELUM dikenakan caj parkir. Ini disebabkan tiada petak yang dapat disediakan. Seperti yang kita maklum, pusat bandar kita ini, bahu jalannya sangat sempit dan tiada lokasi sesuai untuk diletakkan petak-petak parkir yang teratur. Bila tiada petak, sistem parkir berbayar ini tidak terpakai.
9. Bagi mengatasi masalah kesesakan di tengah pusat bandar Selama ini, MDS telah menyediakan pelan alternatif dan memohon peruntukan bagi cadangan menyediakan jalan alternatif baru daripada Lintasan Relau ke Masjid Abdul Karim, dan sekaligus menjadikan tengah bandar Selama sebagai jalan sehala kekal, tidak hanya pada musim raya. Setelah jalan sehala kekal ini jadi kenyataan kelak, baru kita akan atur semula jajaran petak parkir di kiri kanan jalan pusat bandar Selama dan kenakan bayaran. Buat masa ini, mohon jasa baik parkir kenderaan anda molek-molek dan guna timbang rasa sewajarnya agar tidak menyebabkan halangan. Kenderaan yang menyebabkan halangan boleh dikompaun sama ada oleh MDS atau Trafik IPD dengan jumlah yang lebih tinggi. Bila kita telah warta Perintah berkaitan parkir ini sekarang, kita boleh gunakan peruntukan undang-undang tersebut untuk kompaun. Mohon, jangan sampai kena kompaun.
10. MDS ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesulitan yang timbul setelah sistem parkir berbayar ini akhirnya juga mula dilaksanakan di Selama seperti daerah-daerah lain. Segala kerjasama daripada Tuan / Puan amatlah disanjungi.
Semoga apa yang dicadangkan bagi menambah baik lalulintas di Selama juga dapat direalisasikan demi kebaikan semua pihak.
Terima Kasih.
تريما كاسيه
MAJLIS DAERAH SELAMA
30.1.2022
#infoMdS