Kepada semua warga daerah Selama yang masih belum menggunakan aplikasi Park@Perak untuk membayar parking di Tempat Letak Kereta di sekitar Selama, anda boleh tonton video ini untuk mengetahui cara-cara menggunakan apps Park@Perak.
Mudah, cepat dan senang.
Kelebihan bayar parking melalui apps Park@Perak ini adalah:
a) Boleh digunakan di semua PBT negeri Perak untuk bayar parking.
b) Boleh bayar parking untuk 1 bulan terus menggunakan modul 'Pas Bulanan' dari apps ini.
c) Boleh bayarkan parking untuk sesiapa saja yang ingin parking di Selama walaupun anda berada jauh dari Selama.
Contoh situasi: Ibu atau ayah kita di Selama terlupa bawa kupon parking. Anak-anak yang mempunyai apps Park@Perak boleh bayarkan caj parking ibu dan ayah di Selama walaupun sedang berada di Kuala Lumpur.
Ayuh kita ramai-ramai menggunakan apps Park@Perak ini untuk membayar parking di Selama. Apps ini boleh dimuat turun dari Google Play dan Apps Store.
LihatΒ Cara Menggunakan apps Park@Perak di Selama, Perak