7 Lata Selama

Lata Tebing Tinggi

Lata Tebing Tinggi

Pekan Rantau Panjang terletak kira-kira 3km dari pekan Selama. Perjalanan dari Selama ke pekan ini mengambil masa kira-kira 5 minit. Lata Tebing Tinggi terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari pekan Rantau Panjang. Tempat perkelahan ini sering menjadi tumpuan ramai sama ada penduduk tempatan dan ada juga yang datang dari luar terutamanya pada hujung minggu.

Terdapat juga para pelajar dan persatuan yang mengadakan perkhemahan di sini. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah tandas, bilik persalinan, gerai makanan, tempat berehat/makan, surau dan tempat letak kenderaan yang luas. Para pengunjung pasti akan terpesona dengan pemandangan alam sekeliling yang hijau,air terjun yang jernih dan sejuk.

Selamat berkunjung ke Lata Tebing Tinggi Selama, Perak.

 

.

 

.      .

 

.  .

Lata Tebing Tinggi

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Selama. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 09/11/2024 | Jumlah Pelawat : 4953587