
10 November 2025 (Isnin)

2.30 petang – 4.30 petang

Rumah Rehat @ Selama Inn
Majlis Perasmian Program “Warisan Kita, Cherita Kita” Daerah Selama telah berlangsung dengan penuh meriah di Rumah Rehat @ Selama Inn, menghimpunkan tetamu daripada pelbagai agensi, komuniti dan rakan strategik pelancongan.
Majlis dimulakan dengan ketibaan dif-dif jemputan, diikuti ketibaan Yang Dipertua Majlis Daerah Selama, Tuan Nor Akmal Bin Yang Ghazali, A.M.P., sebelum sesi nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak.
Majlis turut diserikan dengan:

Ucapan alu-aluan oleh Cik Juita An Binti Zayid Penasihat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia Negeri Perak

Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Selama, Tuan Nor Akmal Bin Yang Ghazali, A.M.P.,

Tayangan Video Pelancaran Program “Warisan Kita, Cherita Kita”
Media turut dibawa melawat Tapak Mural Pusat Info Pelancongan Selama Inn, meninjau sendiri usaha memperkukuh identiti dan nilai sejarah daerah ini melalui elemen seni visual.
Majlis diakhiri dengan jamuan santai di Ranum Cafe, Rumah Rehat @ Selama Inn, sebelum para tetamu bersurai.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkenalkan kisah, warisan dan identiti unik Daerah Selama—selaras dengan usaha memartabatkan pelancongan heritage di bawah agenda Perak Sejahtera 2030.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama di 019-487 0188 atau layari laman web rasmi kami
www.selamatourism.com