MENU

Maksud logo Pasukan Penguatkuasa MDS :

     Biru                :           Melambangkan Undang-Undang yang menjadi teras dalam kehidupan.

    Kuning           :           Melambangkan Kesetiaan kepada Sultan dan Pemerintah.

    Logo Majlis    :           Melambangkan Pusat Pentadbiran dan Penguasa Undang-Undang  PBT.

    Harimau         :           Melambangkan Tanggungjawab Mendokong Undang-Undang dengan Penuh Berintegriti

MAKLUMAT JABATAN

Pengelasan skop kerja Unit Undang-Undang adalah seperti dibawah;

  • Unit Penguatkuasa
  • Unit Integriti

UNIT PENGUATKUASAAN

PENGENALAN

  • Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Selama (MDS) telahdiletakkan dibawah Unit Undang-Undang berkuatkuasa 01 April 2016 untuk memastikan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah mematuhi lunas undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis.
  • Unit ini secara amnya bertanggungjawab dalam urusan perancangan, pemantauan dan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di Majlis Daerah Selama (MDS).
  • Bagi memastikan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, unit undang-undang melalui kelulusan mesyuarat penuh bil 6 tahun 2016 bertarikh 21 Jun 2016 telah menubuhkan Pasukan Penguatkuasaan Majlis Daerah Selama (MDS) melalui kerjasama antara jabatan dalaman MDS.
  • Setiap kumpulan ini dianggotai oleh kakitangan Majlis daripada campuran antara jabatan dalaman MDS bagi mengukuhkan kekuatan pasukan penguatkuasaan MDS. Dengan penubuhan pasukan ini juga, dijangkakan kos pengurusan dan pentadbiran unit penguatkuasa MDS seperti pengambilan kakitangan baharu, alatan pencegahan dan penguatkuasaan serta pengurusan elaun lebih masa akan dapat dikawal dengan lebih berkesan.
  • Pasukan ini juga dilengkapi dengan senarai tugas yang jelas dan terperinci disamping menggunapakai Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak untuk memudahkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

UNIT INTEGRITI

PENGENALAN

  • Unit Integriti di agensi awam ditubuhkan berikutan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013. Unit ini dipangku dibawah unit undang-undang berkuatkuasa 01 Ogos 2016 untuk memastikan langkah-langkah pemantauan dan pelaksanaan dilaksanakan mengikut peraturan, kaedah dan perintah yang dikuatkuasa oleh Majlis Daerah Selama (MDS).
  • Bertanggungjawab untuk merancang, memantau dan  melaksanakan program-program integriti berdasarkan pelan Integriti Majlis Daerah Selama 2016 – 2020.
  • Objektif penubuhan Unit Integriti adalah bagi menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan integriti di bawah satu unit khusus supaya dapat dilaksanakan secara fokus dan terancang.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, memahami, mematuhi dan menghargai Undang-Undang Majlis.
  2. Menyediakan secukupnya undang-undang dan peraturan untuk kegunaan Majlis dan penduduk.
  3. Memberi nasihat kepada Majlis dalam memastikan keputusan yang diambil berlandaskan Undang-Undang yang digunapakai.
  4. Memberi kefahaman Undang-Undang kepada warga kerja Majlis supaya tindakan diambil dalam bidang kuasa Undang-Undang yang digunapakai.
  5. Memastikan kepentingan Majlis sentiasa diutamakan dalam setiap transaksi perjanjian dengan pihak kedua.
  6. Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan Undang-Undang yang mencukupi untuk kegunaan Majlis.
  7. Memastikan semua tindakan Majlis tidak ‘UltraVires’ dengan sebarang Undang-Undang.

PIAGAM JABATAN

  1. Memberikan nasihat dan maklumat perundangan kepada jabatan-jabatan di Majlis Daerah Selama dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan.
  2. Menyelia dan menggubal dokumen-dokumen yang berkaitan dengan undang-undang seperti perjanjian dan kontrak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh permohonan.
  3. Menyemak dokumen perjanjian diantara pihak Majlis dengan pihak luar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh permohonan.
  4. Memastikan aduan awam yang diterima disiasat dan diberi maklumbalas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh aduan awam diterima.
  5. Memastikan Notis Peringatan Pembayaran Kompaun dikeluarkan kepada Orang Kena Kompaun (OKK) dalam tempoh empat belas (14) hari setelah tamat tempoh pembayaran kompaun.

FUNGSI JABATAN

Berikut adalah fungsi-fungsi utama unit undang-undang :

  1. Perundangan
  2. Pendakwaan
  3. Penguatkuasaan
  4. Integriti

Fungsi Perundangan

  1. Memberikan nasihat perundangan kepada jabatan
  2. Menggubal dan meminda undang-undang kecil, perintah, peraturan dan kaedah kaedah
  3. Menyelenggara dan mengemaskini maklumat undang-undang termasuk rujukan undang-undang serta jurnal-jurnal perundangan.
  4. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) kes-kes perundangan
  5. Membuat kajian terhadap kes-kes yang berkaitan dengan Majlis Daerah Selama
  6. Menyediakan perjanjian bagi pihak Majlis Daerah Selama
  7. Menyemak dan menguruskan dokumen kontrak dan perjanjian
  8. Menggubal notis-notis dan peraturan-peraturan berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang

Fungsi Pendakwaan

  1. Menjalankan pendakwaan di mahkamah dan perbincangan dengan saksi-saksi
  2. Menguruskan penyempurnaan waran tangkap sehingga Orang Kena Saman (OKS) dikemukakan ke mahkamah dan semakan semula kes-kes untuk pertuduhan semula.
  3.  Menguruskan dokumentasi bagi penyediaan kes mahkamah
  4.  Mengadakan perbincangan dengan panel peguam
  5. Menyelia dan menyelaras kes-kes sivil yang melibatkan Majlis

Fungsi Penguatkuasaan

  1. Memantau aktiviti kumpulan penguatkuasaan pasukan penguatkuasaan Majlis Daerah Selama (MDS).
  2. Mengatur aktiviti penguatkuasaan bagi Kumpulan 4 – Haiwan Merayau dan Anjing Liar Pasukan Penguatkuasaan MDS .
  3. Memastikan notis peringatan kompaun dikeluarkan kepada Orang Kena Kompaun (OKK) setelah tamat tempoh pemabayaran kompaun.
  4. Melakukan operasi rondaan berjadual di kawasan operasi Majlis.
  5. Melakukan tindakan rampasan dan sitaan.
  6. Memastikan tindakan penguatkuasaan yang dipohon oleh jabatan dalaman MDS dan agensi-agensi kerajaan dapat dilaksanakan.
  7. Menerima dan menyiasat aduan awam dan mengambil tindakan penguatkuasaan keatas aduan yang berasas.
  8. Menjalankan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun, notis dan sitaan dengan tegas dan adil mengikut peruntukan Undang-undang yang berkuatkuasa di Majlis Daerah Selama.
  9. Memastikan semua peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha kilang dan pemaju-pemaju mematuhi semua peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak perundangan

Fungsi Integriti 

Fungsi Unit Integriti adalah untuk menguruskan hal-hal berkaitan integriti dalam organisasi dengan bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras yang digariskan di dalam pekeliling seperti berikut:

a) Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; 

b) Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi; 

c) Pengesanan dan Pengesahan

  1. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  2. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

d) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; 

e) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan 

f) Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Fungsi Penguatkuasaan
  2. Memantau aktiviti kumpulan penguatkuasaan pasukan penguatkuasaan Majlis Daerah Selama (MDS).
  3. Mengatur aktiviti penguatkuasaan bagi Kumpulan 4 – Haiwan Merayau dan Anjing Liar Pasukan Penguatkuasaan MDS .

 

  1. Memastikan notis peringatan kompaun dikeluarkan kepada Orang Kena Kompaun (OKK) setelah tamat tempoh pemabayaran kompaun.
  2. Melakukan operasi rondaan berjadual di kawasan operasi Majlis.
  3. Melakukan tindakan rampasan dan sitaan.
  4. Memastikan tindakan penguatkuasaan yang dipohon oleh jabatan dalaman MDS dan agensi-agensi kerajaan dapat dilaksanakan.
  5. Menerima dan menyiasat aduan awam dan mengambil tindakan penguatkuasaan keatas aduan yang berasas.
  6. Menjalankan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun, notis dan sitaan dengan tegas dan adil mengikut peruntukan Undang-undang yang berkuatkuasa di Majlis Daerah Selama.

 

Memastikan semua peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha kilang dan pemaju-pemaju mematuhi semua peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak perundangan