MENU

CARIAN RASMI / PENGESAHAN PREMIS

1.Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MDS bertanggungjawab dalam semua urusan percukaian harta di dalam kawasan pentadbirannya. Pengesahan premis atau Carian Rasmi dikategorikan kepada carian pelan kawasan dan carian maklumat harta berkadar.

Kategori pertama - Carian rasmi bagi Pelan Kawasan hanya boleh dimohon oleh individu, pemilik harta, pemaju, pemohon lesen perniagaan, pihak syarikat dan peguam.

Kategori kedua - Carian rasmi bagi harta berkadar hanya boleh dimohon oleh pemilik harta, jabatan dan agensi-agensi kerajaan, pemaju, pemohon lesen perniagaan, pihak syarikat dan peguam.

 

2.Perkara/maklumat yang perlu disediakan semasa membuat Carian Rasmi Pelan Kawasan/Harta berkadar ialah:

 

PERINGATAN PENTING UNTUK ANDA

1. Sila semak dahulu dengan pihak Majlis untuk memastikan tunggakan cukai taksiran am pegangan tersebut telah dibayar.

2. Sila semak dengan pihak peguam atau agen yang menguruskan pindahmilik/urusniaga bagi harta tersebut untuk memastikan cukai taksiran telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

3. Jika anda telah menukar milik/menjual/membeli/mewariskan rumah/bangunan/tanah kosong:-

Sila maklumkan kepada pihak Majlis dengan mengisikan Borang I (Notis Jualan atau Pindah milik (Seksyen 160) Akta Kerajaan Tempatan 1976) dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan. Jika gagal pihak Majlis boleh mengambil tindakan Undang-undang dengan segala kos guaman akan dituntut kepada pemilik harta.

4. Jika rumah/bangunan milik anda diroboh, terbakar atau dibiarkan usang :-

a) Sila maklumkan melalui surat rasmi kepada pihak Majlis mengenai pegangan/harta anda yang telah roboh, usang atau terbakar untuk memastikan pegangan/harta tersebut dikeluarkan daripada Senarai Nilaian Majlis Daerah Selama.

b) Pihak Majlis akan menjalankan tindakan penguatkuasaan dan operasi kutipan tunggakan secara berterusan. Justeru itu, Pemilik/Penghuni/Penyewa yang menerima Notis (Borang E), surat peringatan/papan peringatan hendaklah menjelaskan bayaran dengan segera sebelum tindakan penguatkuasaan dan operasi kutipan dijalankan di kawasan anda.

5.Pihak majlis berhak menyekat sebarang permohonan atau kelulusan daripada pemilik harta /pegangan yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran Am (CTA) seperti berikut :

a) Permohonan pertukaran Hakmilik (Borang Pindahmilik)

b) Permohonan Carian rasmi

c) Permohonan sewaan premis/harta majlis

d) Kelulusan Pelan Kebenaran Merancang

e) Kelulusan Pelan Susunatur

f) Kelulusan Pelan Bangunan

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk kepada:-

 

Rofizlan bin Yunus

Penolong Pegawai Penilaian

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

Majlis Daerah Selama

Tel: 05-8394201

Faks: 05-8394377

Email Jabatan: penilaianmds@yahoo.com

 

Mohamad Razif bin Ismail

Pembantu Penilaian

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

Majlis Daerah Selama

Tel: 05-8394201

Faks: 05-8394377

Email Jabatan: penilaianmds@yahoo.com