MENU

PINDAH MILIK CUKAI TAKSIRAN AM

Bagi harta yang masih belum ditukar hakmilik, tempoh 3 bulan diberi untuk membuat pertukaran. Bagaimanapun, bagi harta yang melibatkan individu yang telah meninggal dunia, tempoh masa yang diberi adalah setahun. Kegagalan berbuat demikian di dalam tempoh tersebut akan membawa kepada pengenaan kompaun.Setiap pertukaran hakmilik perlu membuat pindah milik kepada pihak Majlis

 

Adakah saya perlu membuat pindah milik?

Mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) 160, apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I atau Borang J (atas sebab kematian).

 

Dimanakah saya harus mendapatkan Borang Pindah Milik pegangan/harta?

Borang Pindah Milik boleh didapati di laman web rasmi MDS, kaunter bayaran dan di Tingkat 1, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Selama (MDS).

 

Adakah dikenakan apa-apa bayaran untuk proses pindah milik?

Setiap proses pindah milik akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00/unit pegangan.

 

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pindah milik?

Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah :-

*Urusan pindahmilik pegangan boleh dibuat di tingkat 1, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Daerah Selama.

Proses makluman pertukaran hakmilik akan diproses dalam tempoh 14 hari melalui surat atau pesanan ringkas

(SMS kepada yang ada menyertakan no telefon sahaja).