MENU

TUNTUTAN NOTIS E & WARAN F

1.Jumlah wang yang kena dibayar bagi setengah tahun pertama hendaklah dibayar sebelum 28hb. Februari dan bagi setengah tahun kedua hendaklah dibayar sebelum 31hb. Ogos pada setiap tahun yang berkenaan. (Bah XV.S 147 (i) Akta 171).

2.Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya seperti (1) masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam tiap-tiap tahun mengikut mana yang berkenaan, jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut bersama dengan bayaran notis yang ditetapkan. (Bah XV.S 147 (i) Akta 171).

3.Tempoh bayaran Notis (Borang E) adalah 15 hari seperti berikut :

Penggal Pertama: 01 Mac – 15 Mac setiap tahun

Penggal Kedua: 01 September – 15 September setiap tahun

Kadar Bayaran Notis (Borang E) adalah seperti berikut :

 

3.Untuk menuntut sesuatu tunggakan, pihak Majlis boleh mengeluarkan suatu waran tahanan (kos tahanan akan dibiayai oleh pemilik harta) dan boleh menyita menurut waran itu apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya. (Bah. XV.S 147 (i) Akta 171).

 

Kos tahanan (Waran F) yang dikenakan adalah seperti berikut :

 

 

4.Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini diatas penukaran alamat surat-menyurat bagi memudahkan penyampaian bil dan mengelakkan tunggakan. Borang Penukaran Alamat boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Kaunter bayaran Majlis Daerah Selama.

5.Sekiranya tuan / puan tidak menerima bil asal, sila berurusan segera ke kaunter bayaran atau Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDS untuk mengambil salinan bil/resit Cukai Taksiran Am (CTA) bagi membuat pembayaran Bil Cukai Taksiran tersebut.