MENU

PENILAIAN CUKAI TAKSIRAN AM

Penilaian Cukai Kadaran

Kadar Taksiran dikenakan oleh Majlis Daerah Selama (MDS) mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

Jenis Hartanah Yang Dikenakan Cukai

Pegangan/Harta yang dikenakan cukai adalah seperti berikut :

a) Bangunan Kediaman

b) Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel, Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang)

c) Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang)

d) Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Selama

 

Penentuan Cukai Kadaran

Kadar Taksiran untuk harta-harta berkadar ditentukan berdasarkan kepada formula seperti berikut :

Kadar Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar

 

Penentuan "Kadar %"

Secara umumnya kadar % ditentukan mengikut keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos tahunan yang ditanggung oleh majlis dalam bentuk kos pentadbiran, kos perkhidmatan dan kos pembangunan.

 

Penentuan "Nilai Tahunan"

Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan

Anggaran sewa kasar bagi rumah ditentukan berasaskan rumah-rumah sejenis yang berdekatan. Setiap rumah mempunyai "nilai sewa" tanpa mengira samada rumah tersebut diduduki sendiri, disewakan ataupun rumah ditinggalkan kosong kerana gagal disewakan.

 

Tujuan Notis Kadaran

Mengikut Seksyen 141(2), notis kadaran merupakan notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik hartanah mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas hartanah mereka.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada pemilik-pemilik hartanah atau penghuninya mengenai cukai kadaran yang akan dikenakan.

 

Bantahan Terhadap Notis Kadaran

Seseorang yang terkilan dengan cadangan nilai tahunan di dalam notis kadaran, bantahan boleh dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Majlis Daerah Selama. Walaubagaimanapun, bantahan hanya diterima berdasarkan peruntukan seksyen 142 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

Pemberitahuan Keputusan Bantahan

Keputusan bantahan ke atas harta berkadar akan dimaklumkan kepada setiap pemilik hartanah berkadar melalui surat/sms.

 

Tempoh Menjelaskan Cukai Kadaran

Pemilik diminta membayar cukai kadaran sebaik sahaja bil tersebut diterima dari pihak MDS dalam tempoh berikut

Penggal Pertama: 01 Januari – 28 Februari setiap tahun

Penggal Kedua: 01 Julai - 31 Ogos setiap tahun