MENU

 

Kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perak (MOTAC) dengan kerjasama pentadbiran Majlis Daerah Selama. 

Kursus ini adalah PERCUMA dan ianya terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya kepada ‘frontliners’ ataupun barisan hadapan yang kerap berurusan dengan pelancong/pelawat/pelanggan/pengunjung dan sebagainya.

Kursus ini juga adalah sebagai salah satu persediaan menghadapi Tahun Melawat Perak (Malaysia) Tahun 2017 dan ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh MOTAC. Peserta akan diberikan Sijil Penyertaan di akhir kursus dan makan minum turut disediakan.