MENU

Rancangan Tempatan (RT) Daerah Selama 2030 disediakan untuk menggantikan RT Daerah Selama 2015 yang telah diwartakan pada tahun 2008 dan tamat tempoh perancangannya pada tahun 2015. Ia disediakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Seksyen 12, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Orang awam adalah dialu-alukan untuk memeriksa rancangan tempatan pengubahan berkenaan di Jabatan Perancang Bandar, Majlis Daerah Selama yang diadakan pada 5 September 2016 hingga 4 Oktober 2016 . Cadangan atau bantahan boleh dibuat melalui surat, memorandum atau Borang Bantahan Awam yang disediakan.

Semua surat, memorandum atau borang boleh dihantar ke alamat berikut. Cadangan atau bantahan hendaklah menyatakan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan alasan-alasan atas mana bantahan itu dibuat sebelum atau pada 4 Oktober 2016 kepada :

Yang Dipertua

Majlis Daerah Selama

34100 Selama

Perak Darul Ridzuan

No. tel : 05-8394201

Faks: 05-8394377

 

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SELAMA 2030

Sebarang cadangan/ bantahan/ rayuan awam mengenai bagi DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SELAMA 2030 boleh dikemukakan ke pihak MDSmelalui borang yang disediakan.

 Borang Bantahan Awam DRT Daerah Selama 2030