MENU

Bahagian Pusat Setempat

Latar Belakang Pusat Setempat

Di bawah Pakej Strategi Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian (Delivery System) – Pakej Merangsang Ekonomi (Stimulus Economic Package),Kerajaan telah menetapkan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dan strategi pembangunan negara dalam zaman yang 'competitive age'.

Kerajaan telah bersetuju dengan perakuan Strategic Thrust Committee On Government Delivery System yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara,supaya diwujudkan Pusat Setempat pada dua peringkat ; iaitu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan peringkat Pihak Berkuasa Negeri bagi memudahkan proses kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil kelayakan menduduki seperti mana yang disarankan di bawah Langkah 70(a) – dalam Pakej Merangsang Ekonomi.

Bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian ini dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif , Mesyuarat MNKT Ke-56 telah bersetuju untuk memperluaskan fungsi Pusat Setempat sedia ada kepada menerima dan menyelaras permohonan kebenaran merancang , permohonan pelan bangunan dan membuat perakuan kepada permohonan pembangunan tanah.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007 telah bersetuju supaya penubuhan Pusat Setempat di PBT adalah merupakan salah satu daripada inisiatif yang telah diputuskan di dalam Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 13 April 2007.

Dengan penubuhan Pusat Setempat ini , norma masa memproses permohonan dapat dipendekkan. Selain itu , kes-kes pertindihan ulasan teknikal semasa memproses permohonan kebenaran merancang , permohonan pelan bangunan dan permohonan untuk mendapat kelulusan pembangunan tanah dapat dielakkan.

 

MATLAMAT

Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk mengurangkan karenah biokrasi di dalam prosedur dan proses cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di pihak berkuasa tempatan.

 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : Siti Norbaya Binti Husein
 Jawatan : Pegawai perancang (OSC)
 Jabatan : Bahagian Pusat Setempat OSC
 Emel : @mdselama.gov.my