MENU

Bahagian Penilaian

Objektif

Memastikan pegangan-pegangan di dalam Majlis Daerah Selama dikenakan Cukai Taksiran Am atau Caruman Membantu Kadar mengikut undang-undang yang digunapakai.

 

Unit Penilaian

  • Penyediaan Senarai Nilaian baru setiap 5 tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Memastikan bangunan-bangunan baru dinilai untuk Pindaan Senarai Nilaian.
  • Menuntut caruman membantu kadar bagi harta Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  • Memastikan penetapan kadar taksiran tahunan (Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan) diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Ahli MDS selewat-lewatnya 31 Ogos setiap tahun.
  • Memastikan permohonan ulasan tanah dari Pejabat Tanah Selama diproses.
  • Menguruskan permohonan tanah lapang kerajaan untuk melaksanakan projek-projek Majlis.
  • Memastikan Pindaan Senarai Nilaian diluluskan oleh Mesyuarat Penuh Ahli MDS.
  • Membuat pengiraan sewa untuk bangunan-bangunan Majlis.
  • Membuat lawatan untuk pengeluaran Sijil Layak Menduduki untuk bangunan baru.

 

Unit Sewaan

  • Menguruskan permohonan penyewaan premis-premis Majlis.
  • Mengendalikan urusan temuduga sewaan premis.
  • Menyediakan surat perjanjian sewaan premis Majlis.
  • Mengemaskini data penyewa baru ke dalam komputer.
  • Memproses dan mengeluarkan bil-bil sewaan bulanan.
  • Menguruskan pembaharuan surat perjanjian penyewaan premis Majlis.
  • Menyediakan laporan kerosakan premis Majlis untuk dibaiki.
  • Membaca meter air penyewa dipremis Majlis.
  • Mengemaskini data bacaan meter bil air penyewa.
  • Mengemaskini data bacaan meter ke dalam sistem komputer.
  • Memproses dan mengeluarkan bil-bil air penyewa.
  • Membuat kutipan luar dan penghantaran bil-bil sewaan.
 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama : En. Rofizlan Bin Yunus
 Jawatan : Penolong Pegawai Penilaian dan Harta
 Jabatan : Bahagian Pentadbiran dan Urusetia
 Emel : rofizlan@mdselama.gov.my