MENU

Bahagian Perkhidmatan Bandar

Objektif

  • Menentukan kebersihan, keselesaan dan keharmonian penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Selama melalui perancangan dan kawalan Perkhidmatan
  • Melaksanakan kawalan aktiviti perniagaan dengan cekap dan berkesan kearah pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing.
  • Menentukan pemakaian dan pematuhan kepada akta dan undang-undang kecil yang digunapakai oleh Majlis Daerah Selama.

 

Unit Perlesenan

  • Memproses dan mengurus pengeluaran lesen perniagaan, penjaja dan iklan.
  • Memproses dan mengurus pengeluaran lesen dan permit hiburan serta ekspo perdagangan.
  • Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan yang berkaitan pelesenan.
  • Mengurus (buat surat , kertas kerja) Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan.
  • Mengurus fail dan data-data unit perlesenan.
  • Menyediakan anggaran Pendapatan Tahunan Hasil Lesen.
  • Urusetia penyediaan dokumen dan pelaksanaan MS ISO 9000 bagi proses kawalan perniagaan.
  • Memproses pembaharuan lesen perniagaan.
  • Memproses pembatalan lesen perniagaan.
  • Memeriksa premis dan membuat laporan bagi permohonan lesen perniagaan baru.

 

 Pengawai yang boleh dihubungi:-
 Nama :  Encik Mohd Syukri Bin Md Noor
 Jawatan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 Jabatan : Bahagian Perkhidmatan Bandar
 Emel : Syukri@mdselama.gov.my